Latar belakang

My photo
Saya sedang mengikuti program Sarjana Pendidikan Muzik Semester 4 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Blog ini direncanakan sebagai salah satu tugasan Multimedia dalam Pendidikan Muzik yang diterajui oleh En.Affandi Hj. Ramli. Ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar sepanjang proses menimba ilmu. Blog ini diharap boleh dijadikan rujukan pelajar-pelajar sekolah yang ingin mencari input tentang muzik klasik barat versi Bahasa Melayu.

Saturday, October 24, 2009

Era klasikal (1750 – 1825)


Muzik Era Klasikal (1750 – 1825)

Pengenalan

Pada era klasikal, idea-idea baru telah mula bercambah dan budaya barat mula berubah. Rakyat biasa mula mempersoalkan kemampuan golongan istana dan memperjuangkan hak individu. Di Amerika Utara, Koloni British melalui kesatuan Boston Tea Party mengadakan protes berkenaan cukai. Revolusi di Amerika Utara dan Perancis serta peperangan Napoleon menyebabkan keadaan politik dan ekonomi tidak stabil.

Seni muzik dapat dinikmati kepada rakyat jelata. Kegiatan muzik berpusat di Vienna. Komposer-komposer berpeluang bekerja secara persendirian serta berkarya  di bawah naungan golongan bangsawan. Karya-karya mereka dipengaruhi oleh muzik rakyat dan muzik popular pada masa itu. Persembahan muzik bukan sahaja terhad di istana malahan di tempat-tempat awam dan premis-premis persendirian.


Ciri-ciri muzik era klasikal

  • muzik era klasikal adalah lebih merdu dan senang dinyanyikan
  • melodinya juga berunsur simetri dan seimbang.
  • muzik era klasikal kaya dengan pelbagai corak irama.
  • penggunaan sinkopasi, fermatta luar jangkaan, perubahan nilai not menambahkan kepelbagaian corak irama dalam muzik era klasikal.
  • muzik era klasikal mempunyai tekstur homofoni. Terdapat perubahan  daripada satu tekstur ke tekstur yang lain sama ada secara beransur-ansur atau mendadak.
  • mud muzik era klasikal sentiasa berubah-ubah dan mempunyai kepelbagaian. Perubahan mud juga boleh berlaku secara beransur-ansur atau mendadak.
  • muzik era klasikal tidak lagi menggunakan basso continuo seperti yang terdapat pada era baroque.
  • muzik era klasikal lazimnya berbentuk sonata, rondo, tema dan variasi serta  minuet dan trio.
  • jenis muzik era klasikal terdiri daripada muzik instrumental dan muzik kamar. Contohnya, simfoni, concerto dan sonata. Muzik kamar era klasikal terdiri daripada string quartet, piano trio, piano sonata dan clarinet quintet.
  • orkestra era klasikal terdiri daripada empat seksyen iaitu seksyen alat bertali, sekyen alat tiup kayu, seksyen alat brass dan seksyen alat perkusi. Bilangan pemuzik lebih ramai berbanding orkestra era Baroque. Dalam orkestra era klasikal, alat bertali merupakan seksyen yang paling dominan kerana alat bertali lebih banyak memainkan melodi. Alat tiup kayu menghasilkan warna ton yang kontras. Alat ini kerap memainkan bahagian solo. Alat tiup kayu membantu melengkapkan harmoni. Timpani merupakan alat perkusi yang popular dalam orkestra era klasikal.