Latar belakang

My photo
Saya sedang mengikuti program Sarjana Pendidikan Muzik Semester 4 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Blog ini direncanakan sebagai salah satu tugasan Multimedia dalam Pendidikan Muzik yang diterajui oleh En.Affandi Hj. Ramli. Ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar sepanjang proses menimba ilmu. Blog ini diharap boleh dijadikan rujukan pelajar-pelajar sekolah yang ingin mencari input tentang muzik klasik barat versi Bahasa Melayu.

Saturday, October 24, 2009

Komposer Era Romantik



Chopin
Frederic Chopin (1810-1849)






Karya terkemuka

Etude
Prelude op.28 no.15 Raindrop
Piano Sonata No.3 n B minor
Nocturne No.1 in Bb minor.

Latar belakang

Dilahirkan di Zelasowa Wola, Poland. Mendapat pendidikan muzik sejak berumur 6 tahun. Karier sebagai pemain piano di konsert bermula seawal umur 7 tahun dan karya pertamanya telah diperdengarkan. Menyambung pelajaran di Warsaw Conservatory dan memperoleh peringkat kepujian pada tahun 1829. Penjelajahan muzikalnya pertama ke Vienna dengan mengadakan dua konsert.

Chopin berhijrah ke Paris pada tahun 1831. Ketika itu, Paris merupakan pusat era romantik dan pusat seni Eropah. Chopin hidup dalam kemewahan dan bergaul dengan komposer lain seperti Berlioz, Liszt, Paganini dan lain-lain. Beliau mengajar piano dan komposisi kepada anak-anak perempuan golongan bangsawan di Paris.

Selama hampir 18 tahun di Paris, hanya 19 kali beliau membuat persembahan di konsert terbuka. Pada tahun 1837, Chopin berkenalan dengan novelis George Sand. George Sand yang memberikan dorongan dan menjaga Chopin ketika saat-saat Chopin bergelut dengan penyakit Tuberculosis. Setelah berpisah dengan George Sand, Chopin mengadakan konsert di England dan Scotland pada tahun 1848 dan meninggal dunia pada tahun berikutnya.

Sumber : Stanley,J.(2005).Classical Music.London:Octopus Publishing Group Ltd.