Latar belakang

My photo
Saya sedang mengikuti program Sarjana Pendidikan Muzik Semester 4 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Blog ini direncanakan sebagai salah satu tugasan Multimedia dalam Pendidikan Muzik yang diterajui oleh En.Affandi Hj. Ramli. Ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar sepanjang proses menimba ilmu. Blog ini diharap boleh dijadikan rujukan pelajar-pelajar sekolah yang ingin mencari input tentang muzik klasik barat versi Bahasa Melayu.

Tuesday, September 22, 2009

Komposer Era Romantik

Schumann 
Robert Schumann(1810-1856)




Karya terkemuka

Piano Concerto in A minor,Op.54
Symphonies No.1-4. Fantasy in C
Fantasie, Op. 17 (I, II, III).
Traumerei-Sounds of Cello
Carnaval, Op. 9

Schumann dilahirkan di Zwickau, Germany dan dibesarkan dalam suasana kesusasteraan.Dia diberi galakan oleh bapanya yang bertugas sebagai seorang penulis dan penerbit. Setelah bapanya meninggal dunia ketika usianya 16 tahun, Schumann belajar di Universiti Leipzig dalam bidang Undang-undang.

           Dia tidak berminat dalam bidang yang dipelajarinya lalu mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian dalam bidang muzik.Dia sering menonton konsert di Gewandhaus, mengikuti kelas piano bersama guru yang idealistik iaitu Friedrich Wieck. Semasa di Heidelberg, Schumann telah mula membuat persembahan dan menulis lagu. Schuman tidak berpeluang untuk menjadi pemain piano yang baik kerana kecederaan kekal pada jarinya akibat terkena mesin.

           Pada tahun 1833, Schumann telah mengidap sejenis penyakit yang sukar diubati. Namun begitu, Schumann berjaya menghasilkan lagu-lagu yang bermutu tinggi. Pada tahun 1850, beliau telah dilantik menjadi konduktor kumpulan koir dan orkestra di Dusseldorf. Malangnya, Schumann tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik kerana masalah kesihatan yang dihadapinya. Pada tahun 1852, beliau dinasihatkan bersara daripada tugasan tersebut. Peranan Schumann dalam bidang muzik di Germany semakin malap setelah lahirnya komposer-komposer lain seperti Brahms. Pada tahun 1856, beliau telah meninggal dunia. Antara karya-karya agung yang dihasilkan oleh Schubert ialah Piano Concerto in A minor,Op.54, Symphonies No.1-4. Fantasy in C.


Saturday, September 19, 2009

Komposer Era Romantik

Beethoven
LUDWIG VAN BEETHOVEN (1770-1827)


Karya terkemuka

Symphony No.5
Symphony No.7
Symphony No.9 in D minor
Piano Sonata No.23 in F minor
Violin Sonata No.1. 5 Opus 24 'Spring'-Ist Movement
String Quartets No.7
Fur elise

Komposer Era Klasikal

Mozart
WOLFGANG AMADEUS MOZART (1756 – 1791)


Karya terkemuka

Eine Kleine Nacht Musik
Piano Concerto No.17
The Marriage of Figaro

Komposer Era Baroque

Bach
JOHANN SEBASTIAN BACH (1685-1750)


Karya terkemuka

The well-tampered clavier
Art og Fugue
Violin concertos in E minir & A minor
Double violin concerto in D minor