Latar belakang

My photo
Saya sedang mengikuti program Sarjana Pendidikan Muzik Semester 4 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Blog ini direncanakan sebagai salah satu tugasan Multimedia dalam Pendidikan Muzik yang diterajui oleh En.Affandi Hj. Ramli. Ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar sepanjang proses menimba ilmu. Blog ini diharap boleh dijadikan rujukan pelajar-pelajar sekolah yang ingin mencari input tentang muzik klasik barat versi Bahasa Melayu.

Friday, October 23, 2009

Komposer Era Baroque

Vivaldi

AntonioVivaldi c. (1678-1741)


Karya terkemuka

Concerto in E, “L’amoroso”
L’estro armonico
Magnificat in G minor
Stabat mater




Latar belakang

Vivaldi, anak kepada seorang pembuat roti. Bapanya, Giovanni Battista memecah tradisi keluarga dengan meninggalkan pekerjaan membuat roti untuk menjadi pemuzik.

             Pada tahun 1713, opera pertamanya, Ottone in villa dipersembahkan di Vicenza, diikuti oleh opera bertajuk Orlando yang membuka tirai tahun 1714-15 di Sant’ Angelo, Venice. Pada masa yang sama, Vivaldi dipercayai mencipta Gloria in D, salah satu karya suci komposer ini.

             Daripada 500 concertos karya Vivaldi, 230 daripadanya adalah solo violin, dan The Four Seasons (Le quattro stagioni) merupakan empat daripadanya.

Sumber : Stanley,J.(2005).Classical Music.London:Octopus Publishing Group Ltd.