Latar belakang

My photo
Saya sedang mengikuti program Sarjana Pendidikan Muzik Semester 4 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Blog ini direncanakan sebagai salah satu tugasan Multimedia dalam Pendidikan Muzik yang diterajui oleh En.Affandi Hj. Ramli. Ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar sepanjang proses menimba ilmu. Blog ini diharap boleh dijadikan rujukan pelajar-pelajar sekolah yang ingin mencari input tentang muzik klasik barat versi Bahasa Melayu.

Saturday, September 19, 2009

Komposer Era Romantik

Beethoven
LUDWIG VAN BEETHOVEN (1770-1827)


Karya terkemuka

Symphony No.5
Symphony No.7
Symphony No.9 in D minor
Piano Sonata No.23 in F minor
Violin Sonata No.1. 5 Opus 24 'Spring'-Ist Movement
String Quartets No.7
Fur elise




Beethoven dilahirkan di Bonn, Germany. Bapa dan datuknya merupakan penyanyi di istana. Keluarga beliau tidak aman kerana bapanya seorang pemabuk. Pada usia 8 tahun, beliau telah dipaksa untuk menyara emak dan 2 adiknya. Ketika umurnya 11 tahun, beliau menjadi pembantu kepada pemain organ di gereja dan setahun kemudian, beliau merupakan pemain harpsichord dalam kumpulan orkestra. Pada umur 17 tahun, semasa melawat Vienna, beliau memainkan muzik untuk Mozart. Ketika itulah Mozart dapat mengesan bakat yang ada pada beliau.

Beethoven merupakan arkitek dalam menghasilkan muzik. Beliau banyak menghasilkan sonata dan simfoni. Antara karya agungnya ialah Symphony No.9 in D minor, Choral, Piano Sonata No.23 in F minor, Symphony No.5, dan String Quartets No.7.