Latar belakang

My photo
Saya sedang mengikuti program Sarjana Pendidikan Muzik Semester 4 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Blog ini direncanakan sebagai salah satu tugasan Multimedia dalam Pendidikan Muzik yang diterajui oleh En.Affandi Hj. Ramli. Ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar sepanjang proses menimba ilmu. Blog ini diharap boleh dijadikan rujukan pelajar-pelajar sekolah yang ingin mencari input tentang muzik klasik barat versi Bahasa Melayu.

Saturday, September 19, 2009

Komposer Era Klasikal

Mozart
WOLFGANG AMADEUS MOZART (1756 – 1791)


Karya terkemuka

Eine Kleine Nacht Musik
Piano Concerto No.17
The Marriage of Figaro





Pada zaman  kanak-kanak, Mozart dikurniai bakat yang luar biasa. Dilahirkan di Salzburg, Austria. Mula menunjukkan bakatnya sejak usia 6 tahun. Berkebolehan bermain harpsikod dan violin, mengimprovisasi fugue, menulis minuet dan mambaca not muzik dengan cekap. Semasa berusia 8 tahun, Mozart mula mencipta simfoni, 11 tahun mencipta oratorio dan ketika mencecah 12 tahun, Mozart telah mencipta opera.

Bapa Mozart, Leopold ialah seorang pemuzik di istana. Bapanya menyedari bakat luar biasa Mozart telah mengalakkan anaknya pergi lebih jauh dalam bidang ini. Dari usia 6 tahun hingga 15 tahun, Mozart telah membuat persembahan di merata Eropah dan England. Di Itali, Mozart berpeluang mempelajari opera dan mahir dalam bidang tersebut. Pada usia 12 tahun, Mozart menotasikan nyanyian kumpulan koir Sistine Chapel dengan begitu baik hanya dengan sekali dengar sahaja dan telah mendapat anugerah daripada Pope atas kebolehan luar biasanya itu.

Mozart telah mencipta pelbagai genre muzik. Muzik vokal dan instrumentalnya sangat merdu dan berkualiti. Antara keistimewaan Mozart, beliau mampu mencipta karyanya secara imaginasi tanpa perlu menotasikannya. Karya-karya agung beliau ialah Violin Sonata in G, Simfoni No.40 in G minor, Piano Concerto No.17 manakala operanya yang mendapat sambutan ialah The Marriage of Figaro, The Magic Flute dan Don Giovanni.

Mozart mula jatuh sakit pada musim luruh 1791 dan meninggal dunia pada 5 Disember 1791. Terdapat khabar angin Mozart telah diracun oleh saingannya iaitu komposer Antonio Salieri. Namun begitu, kematiannya mungkin disebabkan oleh lemah jantung dan rheumatic.