Latar belakang

My photo
Saya sedang mengikuti program Sarjana Pendidikan Muzik Semester 4 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Blog ini direncanakan sebagai salah satu tugasan Multimedia dalam Pendidikan Muzik yang diterajui oleh En.Affandi Hj. Ramli. Ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar sepanjang proses menimba ilmu. Blog ini diharap boleh dijadikan rujukan pelajar-pelajar sekolah yang ingin mencari input tentang muzik klasik barat versi Bahasa Melayu.

Friday, October 23, 2009

Komposer Era Romantik

Mendelssohn
Felix Mendelssohn (1809-1847)


Karya terkemuka

Elijah
                    Song without Words in D major


Latar belakang

Mendelssohn dilahirkan di Hamburg, Germany. Lahir dalam keluarga bangsawan yang berharta. Keluarganya telah berpindah ke Berlin. Di situlah dia mempelajari piano bersama ibunya dan belajar teori muzik dengan guru bernama Carl Zelter. Mula menggubah lagu ketika berusia 12 tahun. Mendelssohnn begitu rapat dengan kakaknya, Fanny yang juga berkebolehan dalam bidang muzik. Mendelssohn begitu meminati karya sastera Shakespeare lalu terhasillah overture bertajuk Midsummer Night’s Dream. Mengadakan lawatan ke London dan Scotland pada tahun 1829 dan menghasilkan Hebrides overture.


Mendelssohn kebiasaannya akan menggubah lagu untuk dimainkan oleh piano. Seterusnya, gubahan akan dibuat untuk kumpulan orkestra. Dalam kunjungannya ke Paris, dia telah bertemu Chopin dan Liszt. Pada tahun 1835, Mendelssohnn berpindah ke Leipziq dan bertugas sebagai konduktor di Gewandhaus.


Mendelssohn mencurahkan sepenuh kebolehannya untuk mencipta oratorio Elijah dan mempersembahkannya di Birmingham pada tahun 1846. Meninggal dunia pada umur 38 tahun. Eropah kehilangan seorang komposer yang berpotensi dan dikatakan mampu seiring dengan kebolehan Beethoven.

Sumber : Stanley,J.(2005).Classical Music.London:Octopus Publishing Group Ltd.