Latar belakang

My photo
Saya sedang mengikuti program Sarjana Pendidikan Muzik Semester 4 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Blog ini direncanakan sebagai salah satu tugasan Multimedia dalam Pendidikan Muzik yang diterajui oleh En.Affandi Hj. Ramli. Ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar sepanjang proses menimba ilmu. Blog ini diharap boleh dijadikan rujukan pelajar-pelajar sekolah yang ingin mencari input tentang muzik klasik barat versi Bahasa Melayu.

Saturday, October 24, 2009

Komposer Era Romantik



Chopin
Frederic Chopin (1810-1849)






Karya terkemuka

Etude
Prelude op.28 no.15 Raindrop
Piano Sonata No.3 n B minor
Nocturne No.1 in Bb minor.

Latar belakang

Dilahirkan di Zelasowa Wola, Poland. Mendapat pendidikan muzik sejak berumur 6 tahun. Karier sebagai pemain piano di konsert bermula seawal umur 7 tahun dan karya pertamanya telah diperdengarkan. Menyambung pelajaran di Warsaw Conservatory dan memperoleh peringkat kepujian pada tahun 1829. Penjelajahan muzikalnya pertama ke Vienna dengan mengadakan dua konsert.

Chopin berhijrah ke Paris pada tahun 1831. Ketika itu, Paris merupakan pusat era romantik dan pusat seni Eropah. Chopin hidup dalam kemewahan dan bergaul dengan komposer lain seperti Berlioz, Liszt, Paganini dan lain-lain. Beliau mengajar piano dan komposisi kepada anak-anak perempuan golongan bangsawan di Paris.

Selama hampir 18 tahun di Paris, hanya 19 kali beliau membuat persembahan di konsert terbuka. Pada tahun 1837, Chopin berkenalan dengan novelis George Sand. George Sand yang memberikan dorongan dan menjaga Chopin ketika saat-saat Chopin bergelut dengan penyakit Tuberculosis. Setelah berpisah dengan George Sand, Chopin mengadakan konsert di England dan Scotland pada tahun 1848 dan meninggal dunia pada tahun berikutnya.

Sumber : Stanley,J.(2005).Classical Music.London:Octopus Publishing Group Ltd.


Era Romantik (1820 –1900)

Era Romantik (1820 –1900 )



Awal abad ke-19 merupakan titik permulaan muzik era Romantik. Muzik era Romantik dipengaruhi oleh revolusi perindustrian yang telah mengakibatkan perubahan sosial dan ekonomi di Eropah pada ketika itu. Perubahan sosial dan ekonomi ini menyebabkan munculnya satu pergerakan budaya iaitu komposer berani bersuara dan bebas meluahkan perasaan dalam karya seni yang dihasilkan.

Era klasikal (1750 – 1825)


Muzik Era Klasikal (1750 – 1825)

Pengenalan

Pada era klasikal, idea-idea baru telah mula bercambah dan budaya barat mula berubah. Rakyat biasa mula mempersoalkan kemampuan golongan istana dan memperjuangkan hak individu. Di Amerika Utara, Koloni British melalui kesatuan Boston Tea Party mengadakan protes berkenaan cukai. Revolusi di Amerika Utara dan Perancis serta peperangan Napoleon menyebabkan keadaan politik dan ekonomi tidak stabil.

Seni muzik dapat dinikmati kepada rakyat jelata. Kegiatan muzik berpusat di Vienna. Komposer-komposer berpeluang bekerja secara persendirian serta berkarya  di bawah naungan golongan bangsawan. Karya-karya mereka dipengaruhi oleh muzik rakyat dan muzik popular pada masa itu. Persembahan muzik bukan sahaja terhad di istana malahan di tempat-tempat awam dan premis-premis persendirian.


Ciri-ciri muzik era klasikal

  • muzik era klasikal adalah lebih merdu dan senang dinyanyikan
  • melodinya juga berunsur simetri dan seimbang.
  • muzik era klasikal kaya dengan pelbagai corak irama.
  • penggunaan sinkopasi, fermatta luar jangkaan, perubahan nilai not menambahkan kepelbagaian corak irama dalam muzik era klasikal.
  • muzik era klasikal mempunyai tekstur homofoni. Terdapat perubahan  daripada satu tekstur ke tekstur yang lain sama ada secara beransur-ansur atau mendadak.
  • mud muzik era klasikal sentiasa berubah-ubah dan mempunyai kepelbagaian. Perubahan mud juga boleh berlaku secara beransur-ansur atau mendadak.
  • muzik era klasikal tidak lagi menggunakan basso continuo seperti yang terdapat pada era baroque.
  • muzik era klasikal lazimnya berbentuk sonata, rondo, tema dan variasi serta  minuet dan trio.
  • jenis muzik era klasikal terdiri daripada muzik instrumental dan muzik kamar. Contohnya, simfoni, concerto dan sonata. Muzik kamar era klasikal terdiri daripada string quartet, piano trio, piano sonata dan clarinet quintet.
  • orkestra era klasikal terdiri daripada empat seksyen iaitu seksyen alat bertali, sekyen alat tiup kayu, seksyen alat brass dan seksyen alat perkusi. Bilangan pemuzik lebih ramai berbanding orkestra era Baroque. Dalam orkestra era klasikal, alat bertali merupakan seksyen yang paling dominan kerana alat bertali lebih banyak memainkan melodi. Alat tiup kayu menghasilkan warna ton yang kontras. Alat ini kerap memainkan bahagian solo. Alat tiup kayu membantu melengkapkan harmoni. Timpani merupakan alat perkusi yang popular dalam orkestra era klasikal.






Friday, October 23, 2009

Komposer Era Romantik

Mendelssohn
Felix Mendelssohn (1809-1847)


Karya terkemuka

Elijah
                    Song without Words in D major


Komposer Era Baroque

Vivaldi

AntonioVivaldi c. (1678-1741)


Karya terkemuka

Concerto in E, “L’amoroso”
L’estro armonico
Magnificat in G minor
Stabat mater

Komposer Era Klasikal

Tchaikovsky
Pyotr llyich Tchaikovsky (1840-1893)



Karya terkemuka

Symphonies Nos. 4 & 5
Piano concerto No.1
Serenade for strings
Eugene Onegin

Latar belakang

Tchaikovsky dibesarkan dalam keluarga kelas atasan. Bapanya seorang pegawai kerajaan dalam bidang perlombongan di St. Petersburg. Minat Tchaikovsky terhadap muzik mula timbul setelah belajar bermain piano. Namun begitu, bapanya lebih menggalakkannya menceburi bidang undang-undang. Pada umur 19 tahun, Tchaikovsky mendapat pekerjaan di ‘Ministry Of Justice’, St. Petersburg. Sambil itu, dia menyambung pelajarannya dalam bidang muzik di St. Petersburg Conservatoire. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja dan belajar muzik sepenuh masa. Pada tahun 1865, Tchaikovsky telah dilantik sebagai ‘professor of harmony’ di New Moscow Conservatoire.

             Karyanya, Eugene Onegin (1878), Fourth Symphony dan Violin concerto dicipta khas untuk kawan rapatnya, Nadezhda von Meck. Tchaikovsky menjelajah Eropah hampir setiap tahun sejak 1870. Pejelajahan sebagai konduktor buat pertama kalinya pada tahun 1888 dan kali kedua pada tahun 1889. Dia telah bertemu Brahms, Dvorak, Greig dan komposer-komposer lain di London dan melengkapkan karyanya, Fifth Symphony dan karya balletnya yang agung, The Sleeping Beauty.


Sumber : Stanley,J.(2005).Classical Music.London:Octopus Publishing Group Ltd.

Friday, October 9, 2009

Era Baroque (1600-1750)

Zaman Baroque (1600-1750) adalah zaman pergolakan dalam politik, sains dan kesenian dalam masyarakat Eropah Barat.

Zaman ini juga merupakan pertembungan agama antara puak Protestants dan Katholik. Era ini memperlihatkan perkembangan kebudayaan kelas pertengahan. Penghasilan muzik bermula di rumah, gereja dan universiti, dikenali sebagai collegium musicum yang sehingga kini masih berfungsi di kebanyakan kampus. Istilah ‛baroque’ didapati daripada perkataan Portugis iaitu ‛barroco’.
Peralihan zaman Renaissance ke zaman Baroque membawa banyak perubahan dalam aspek muzikal. Kecenderungan minat pencipta muzik beralih daripada tekstur polyphony kepada tekstur homophony. Era Baroque memperkenalkan stail baru – monody, iaitu nyanyian solo dengan iringan alat muzik instrumental. Monody dipelopori oleh penulis, artis, dan pemuzik Florentine yang dikenali sebagai Camerata yang mengenengahkan seni drama muzikal Greek kuno. Ahli-ahli Camerata begitu berminat membincangkan tentang le nouve musiche (the new music) yang lebih berstail ekspresif. Ahli-ahli Camerata menyedari bahawa stail ini bukan sahaja sesuai untuk puisi yang pendek, malah berkesan digunakan pada keseluruhan drama. Dengan itu, terhasillah satu seni muzikal yang penting pada zaman Baroque iaitu Opera.

Ciri-ciri muzik Baroque

• hasil karya muzik baroque biasanya bermula dengan satu mud asas yang diulang secara berterusan sehingga  akhir.

• bermula dengan satu corak irama yang diulang secara berterusan sehingga akhir lagu dengan penekanan kepada bit.

• melodi era Baroque adalah berdasarkan satu idea muzik asas yang diulang dan dipelbagaikan. Idea asas diulang pada pic, sama ada yang lebih tinggi atau rendah. Hiasan (ornaments) digunakan pada melodi atau not yang panjang. Faktor ini menyebabkan melodi zaman Baroque susah untuk dinyanyikan dan diingati.

• tonaliti muzik Zaman Baroque adalah dalam nada Major dan nada minor.

• pertukaran dinamik secara mendadak sama ada daripada kuat ke lembut atau sebalik. ‘Terrrace dynamics’ digunakan terutamanya dalam permainan alat harpsikod, organ dan muzik vokal.

• muzik Baroque kebanyakannya bertekstur polifoni dan homofoni. Dalam harmoni, penekanan adalah kepada kod dan bes (basso continuo) untuk mengiringi sesuatu karya.

• modulasi dan kod ke-7 diperkenalkan di samping penggunaan kaden perfek  (V-I).

• Jenis muzik vokal era Baroque ialah opera, cantata, oratorio, lied, recitative,dan aria.

• Muzik instrumental pula ialah sonata, suite, dan cancerto. Fugue ditulis untuk kedua-dua jenis muzik vokal dan instrumental.

• Orkestra era Baroque memberi penekanan lebih kepada alat muzik hapsikod dan alat muzik seperti cello, double bes, violin, viola dan basun. Alat tiup bras, alat tiup dan perkusi dipelbagaikan dan digunakan mengikut keperluan sesebuah karya.


Wednesday, October 7, 2009

DARI EN. AFFENDI

MASIH BOLEH DIPERBAIKI DAN DITAMBAH MAKLUMAT LAGI. TERUSKAN.......