Latar belakang

My photo
Saya sedang mengikuti program Sarjana Pendidikan Muzik Semester 4 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Blog ini direncanakan sebagai salah satu tugasan Multimedia dalam Pendidikan Muzik yang diterajui oleh En.Affandi Hj. Ramli. Ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar sepanjang proses menimba ilmu. Blog ini diharap boleh dijadikan rujukan pelajar-pelajar sekolah yang ingin mencari input tentang muzik klasik barat versi Bahasa Melayu.

Saturday, September 19, 2009

Komposer Era Baroque

Bach
JOHANN SEBASTIAN BACH (1685-1750)


Karya terkemuka

The well-tampered clavier
Art og Fugue
Violin concertos in E minir & A minor
Double violin concerto in D minor

Latar belakang

Bach dilahirkan di Eisenach, Germany dalam keluarga seni yang telah menaburkan jasa kepada gereja sejak beberapa generasi.Ibu bapanya meninggal dunia ketika usianya 10 tahun.Beliau dibesarkan oleh abangnya yang merupakan pemain organ.

Bach bertugas sebagai pemain organ di Arnstadt (1703-1707) dan di Muhlhausen (1707-1708). Pada usia 23 tahun, Bach mendapat jawatan penting sebagai pemain organ dan pemuzik kamar kepada Duke of Weimar. Bach mempunyai dua isteri dan sembilan belas orang anak. Kebanyakan anak-anaknya meninggal ketika kecil. Empat daripada anaknya berjaya menjadi komposer terkenal pada generasi seterusnya.

Kecewa kerana Duke of Weimar tidak menaikkan pangkatnya, Bach menerima tawaran daripada putera dari Anhalt-Cothen. Selama 5 tahun (1717-23) di Cothen, Bach berjaya menghasilkan konserto, sonata untuk beberapa alat muzik dan muzik keyboard. Pada usia 38 tahun, Bach memegang jawatan paling penting sebagai kantor di St. Thomas’s Church di Leipziq.

Antara karya menarik Bach ialah The Art of Fugue dan Brandenburg Concerto.

Bach meghidap penyakit katarak mata yang menghadkan kemampuannya untuk mencipta muzik. Bach meninggal dunia pada musim panas tahun 1750.